Kerja Sambil Belajar Bukan Halangan, Calon Persendirian Berjaya Raih 6A SPM 2025

1 Apr 2026 • 3:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kerja Sambil Belajar Bukan Halangan, Calon Persendirian Berjaya Raih 6A SPM 2025

Terkini, media sosial telah dibanjiri dengan perkongsian keputusan peperiksaan daripada para calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Ada yang meluahkan rasa gembira dan syukur atas kejayaan yang diraih, tidak kurang juga yang berasa kecewa kerana keputusan tidak seperti yang diharapkan.

Dalam masa sama, mereka juga mula memikirkan hala tuju seterusnya termasuk perancangan untuk menyambung pelajaran.

Namun, sebaik mana pun kita merancang, ketentuan akhirnya tetap di tangan Tuhan.

Wanita 26 tahun raih 6A SPM 2025

Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial memaparkan seorang calon persendirian SPM 2025 yang berkongsi keputusan peperiksaan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh @hfshkf4dvhi di Threads, wanita tersebut berkongsi yang dia menduduki SPM persendirian di usia 26 tahun.

Selain itu, dia turut mengakui perlu membahagikan masa antara bekerja dan belajar.

Kini pada usia 27 tahun, dia berjaya membuktikan usahanya berbaloi apabila memperoleh keputusan cemerlang iaitu 6A baru-baru ini.

Menurut wanita berkenaan, dia sebelum ini pernah melanjutkan pelajaran di kolej vokasional dan mengambil Sijil Vokasional Malaysia (SVM), namun tidak sempat menghabiskan pengajian sehingga peringkat diploma.

Difahamkan, keinginan untuk menyambung pelajaran timbul selepas berdepan dengan kata-kata negatif daripada segelintir individu yang memandang rendah terhadap pekerjaannya.

Daripada terus melayan perasaan sedih, dia nekad untuk mengubah kehidupan dan memasang niat untuk menjadi individu yang lebih berjaya dengan menuntut ilmu.

"Saya pasang niat untuk menjadi orang yang hebat. Untuk jadi orang hebat, saya kena ada ilmu," jelasnya.

Bekorban masa untuk belajar

Sepanjang tempoh persediaan, @hfshkf4dvhi telah memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin dengan belajar selepas waktu Isyak sehingga jam 11 malam.

Selain itu, dia akan mengulang kaji pada waktu pagi jika tidak berkesempatan belajar pada waktu malam.

Malah, pada hari cuti pula dia akan menggunakan masa tersebut untuk fokus kepada pembelajaran walaupun hanya untuk tempoh singkat.

Dia juga mengakui tidak begitu gemar membaca buku, sebaliknya lebih selesa membuat latihan sebagai kaedah utama untuk memahami subjek.

"Nak taknak kena berkorban lah sikit. Buat latihan trial past year dan kena menghafal," katannya.

Masih ingin menuntut ilmu untuk kejar impian

Menurut @hfshkf4dvhi, dia telah menyertai kelas tuisyen secara dalam talian bagi lima subjek.

Namun bagi subjek Pendidikan Islam, dia belajar sendiri melalui video di YouTube.

Selepas ini, dia merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang Diploma Perakaunan di Kolej Profesional MARA, namun tetap terbuka untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi asalkan dapat terus menimba ilmu.

image is not available
Baca juga: