Alif Satar & The Locos Meriahkan Rumah Terbuka ‘Raya Sama Sama’ MR D.I.Y.

LocalEntertainment
16 Apr 2026 • 5:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Alif Satar & The Locos Meriahkan Rumah Terbuka ‘Raya Sama Sama’ MR D.I.Y.

Alif Satar & The Locos Meriahkan Rumah Terbuka ‘Raya Sama Sama’ MR D.I.Y.

Apakah makna meraikan Raya Sama Sama? Bagi MR D.I.Y. [Malaysia] Berhad, ia bermaksud menyatukan orang ramai untuk berkongsi kegembiraan di musim perayaan.

Semangat ini dizahirkan di Rumah Terbuka Hari Raya 2026 MR D.I.Y., ‘Raya Sama Sama’, di mana 300 tetamu berkumpul di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur untuk menikmati satu malam penuh budaya, kemesraan dan komuniti.

Image from: Alif Satar & The Locos Meriahkan Rumah Terbuka ‘Raya Sama Sama’ MR D.I.Y.

Acara ini turut meraikan para pemenang ‘Raya Sama Sama Dance Challenge’, yang menyertai sambutan tersebut bersama tetamu istimewa Alif Satar dan kumpulan muziknya, The Locos. Dikenali ramai menerusi wataknya sebagai Izzat dalam filem web Raya MR D.I.Y.

"Raya Sama Sama”, kehadiran Alif menghidupkan jalan cerita kempen tersebut, sekali gus menggembirakan para peminat dan tetamu. Filem web ini telah meraih 51,000,000 tontonan, mencerminkan tahap penglibatan yang tinggi dengan para penonton di seluruh negara.

Image from: Alif Satar & The Locos Meriahkan Rumah Terbuka ‘Raya Sama Sama’ MR D.I.Y.

Selaras dengan semangat ‘Raya Sama Sama’, para tetamu turut disajikan dengan pelbagai aktiviti perayaan termasuk bengkel interaktif, hidangan juadah Raya yang popular, serta persembahan tradisional yang menyerikan lagi suasana majlis.

Image from: Alif Satar & The Locos Meriahkan Rumah Terbuka ‘Raya Sama Sama’ MR D.I.Y.

Malam tersebut mencapai kemuncaknya dengan suasana meriah apabila para tetamu, pemenang pertandingan dan para penghibur berkumpul di lantai tarian untuk menari mengikut lagu ‘Raya Sama Sama’, sekaligus menggambarkan semangat kebersamaan yang menjadi teras sambutan Hari Raya.

Image from: Alif Satar & The Locos Meriahkan Rumah Terbuka ‘Raya Sama Sama’ MR D.I.Y.

Naib Presiden Pemasaran, Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Di MR D.I.Y., kami percaya bahawa Hari Raya paling bermakna apabila diraikan bersama.

Menerusi ‘Raya Sama Sama’, kami mendekatkan orang ramai melalui pengalaman yang dikongsi, tradisi yang menggembirakan serta detik-detik yang sederhana namun bermakna. Kami sungguh gembira melihat semua yang hadir dan meraikannya bersama-sama.”

Image from: Alif Satar & The Locos Meriahkan Rumah Terbuka ‘Raya Sama Sama’ MR D.I.Y.

Kempen ‘Raya Sama Sama’ mencerminkan komitmen MR D.I.Y. dalam meraikan detik perayaan bersama rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, di samping terus menambah nilai kepada sambutan harian.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, Facebook, Instagram, dan TikTok.