Salah guna dana awam, Alif Teega akan didakwa di mahkamah esok

LocalPolitics
19 Sep 2024 • 4:24 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pempengaruh yang dikenali sebagai Alif Teega akan didakwa di mahkamah esok.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan perkara berkenaan menerusi hantaran di TikTok.

@sprm.malaysia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa terhadap pempengaruh terkenal, Mohd Hazalif Mohd Hazani dikenali Alif Teega bakal didakwa di Makkamah Kuala Lumpur, esok. Ikuti media sosial rasmi SPRM untuk perkembangan berita selanjutnya. #taatsetia #SPRMMalaysia #rasuahdihinamaruahdibina

♬ Thriller – Monkey D. KyLe

“SPRM telah mendapat izin mendakwa terhadap pempengaruh terkenal, Mohd Hazalif Mohd Hazani dikenali Alif Teega bakal didakwa di Makkamah Kuala Lumpur, esok,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi satu laporan sumber memaklumkan Alif Teega akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, hanya Alif Teega yang akan didakwa esok mengikut seksyen itu,” katanya.

Terdahulu, Alif Teega dan isterinya Aisyah Hijanah Azhari telah direman selama empat hari atas dakwaan isu penyelewengan kutipan derma.

Menerusi hantaran video di media social juga, pasangan berkenaan memaklumkan telah dilayan dengan baik sepanjang proses reman berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved