Alif Teega Bakal Didakwa Di Mahkamah Esok - “SPRM Mendapat Izin Mendakwa…”

19 Sep 2024 • 7:53 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh media sosial, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani bakal didakwa di mahkamah, esok.

SPRM sahkan

Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui aplikasi TikTok pada Khamis.

 

"SPRM mendapat izin mendakwa pempengaruh terkenal Alif Teega di Mahkamah Kuala Lumpur, esok," katanya.

 

Menurut sumber Alif Teega akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

 

Pada 11 Julai lalu, Alif Teega, 30, bersama isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26 direman empat hari.

 

Pasangan suami isteri itu ditahan SPRM susulan dakwaan isu penyelewengan kutipan derma.

 

Pasangan itu tular di media sosial selepas terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan wang derma.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved