Terkini! SPRM Sahkan Sesuatu Mengenai Aliff Teega 

LocalEntertainment
19 Sep 2024 • 5:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pempengaruh media sosial, Alif Teega bakal didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan perkara itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut laporan mStar, pihak SPRM berkata yang mereka telah mendapat keizinan untuk mendakwa Alif atau nama sebenarnya, Alif atau Mohad Hazalif Mohd Hazani menerusi satu hantaran di Tiktok.

SPRM tidak memberitahu dengan lebih lanjut mengenai tuduhan yang bakal dikenakan terhadap Aliff dan tak dapat dipastikan juga sama ada Aisyah Hijanah akan dituduh pada prosiding berkenaan ataupun tidak.

Walau bagaimanapun, pempengaruh itu dipercayai bakal didakwa atas dua pertuduhan.

Untuk info, sebelum ini pasangan selebriti itu telah ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan menyeleweng dana derma orang awam dan telah menjalani tahanan reman sehingga 16 Julai lepas.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar