Aliff Aziz masih sayang Bella Astillah, tak setuju hendak bercerai

4 Apr 2024 • 1:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti asal Singapura, Aliff Aziz masih sayang Bella Astillah dan memaklumkan enggan bercerai dengan isterinya.

Memetik laporan dari Mstar, Aliff Aziz memberitahu tidak bersetuju untuk berpisah dengan Bella sewaktu sebutan kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tak boleh buat keputusan dalam masa sehari

Perkara tersebut dinyatakan oleh Aliff dihadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat kerana masih sayangkan isteri serta tidak dapat membuat keputusan dalam masa sehari.

“Ini bukan satu keputusan yang boleh saya fikir dalam satu hari (bercerai). Saya perlukan masa.”

Saya tidak bersetuju (bercerai). Saya masih sayangkan Bella,” katanya.

image is not available

Aliff Aziz masih sayang Bella Astillah, tak mahu bercerai

Susulan itu, Wan Mohd Najib mengarahkan pasangan berkenaan melalui proses Sulh dan melantik wakil bagi Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Oleh itu, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, melantik kakak angkatnya sebagai wakil dan Aliff pula menamakan ibunya, Siti Hafiza Basharahil.

Difahamkan, mahkamah telah menetapkan 4 Jun sebagai sebutan semula kes.

image is not available

Aliff Aziz masih sayang Bella Astillah, lantik ibu jadi wakil JKP

Terdahulu, Bella Astillah telah datang ke mahkamah dengan ditemani adik dan beberapa kenalan bagi perbicaraan kes tersebut. Dia yang sempat disapa media berharap agar segala urusan dipermudah.

Aliff yang datang sambil memimpin tangan ibunya dilihat dikawal ketat dengan tiga pengawal peribadi dan tidak memberi sebarang komen berhubung kes perbicaaran penceraian mereka.

Sumber: Mstar (Nazrin Zulkafli)