Aliff Aziz Mohon Maaf Pada Bella Astillah

13 Oct 2023 • 8:58 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bintang All Stars Gegar Vaganza Aliff Aziz tampil memohon maaf secara terbuka kepada isterinya, Bella Astillah.

Menerusi hantaran di Instagram, Aliff berharap kenyataannya tidak menggores hati Bella.

"Kepada isteriku, dalam pada kekecohan yang berlaku sejak beberapa hari lalu, saya mohon maaf jika kenyataan saya dalam temubual sebelum ini menyakitimu atau membuatkan kamu kecewa sayang.

"Saya tiada niat langsung untuk membuatkanmu kecewa.

"Kamulah tunjang utamaku dan membuatkanku menjadi insan lebih baik. Di sebalik segala kekecohan ini, saya masih dapat rasai kasih sayangmu yang mendalam.

"Saya harap kita sentiasa terbuka untuk belajar dan menghargai setiap apa yang kita lakukan. Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama. Saya di sini dan hati saya untuk kamu Bella," tulisnya.