Lelaki yang pernah tular kerana melakukan ritual agama lain, Aliff Daniel bin Adli, 21 tampil membuat pengisytiharan taubat secara terbuka selepas mengakui pernah melakukan beberapa perbuatan yang bercanggah dengan hukum syarak serta prinsip akidah Islam.
Menerusi siaran langsung di Facebook Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Aliff menyatakan pengisytiharan tersebut dibuat dengan penuh keinsafan dan keikhlasan tanpa sebarang tekanan.
Istitabah Aliff Daniel 05-11-26[Langsung] 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗦𝗬𝗧𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗨𝗕𝗔𝗧 (𝗜𝗦𝗧𝗜𝗧𝗔𝗕𝗔𝗛) 𝗔𝗟𝗜𝗙𝗙 𝗗𝗔𝗡𝗜𝗘𝗟 5 November 2026 (Khamis) 2.00 petang Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam Siaran langsung di Facebook, YouTube dan TikTok Jabatan Agama Islam SelangorOrang awam diundang mengikuti majlis ini secara dalam talian.Untuk info hal ehwal Islam semasa ikuti saluran WhatsApp https://whatsapp.com/channel/0029VaVekegJP213apEM9Q1b#JabatanAgamaIslamSelangor #IslamicSaviourObedience#KitaSelangorMajuBersama#KredibilitiDanKetahananUmmah
Posted by Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi on Wednesday, November 4, 2026
Akui pernah sertai ritual Hindu ketika Thaipusam
Dalam pengakuan tersebut, Aliff mendedahkan dirinya pernah berpuasa selama seminggu mengikut amalan agama Hindu dengan hanya mengambil makanan berasaskan sayuran dan air sebelum menyertai ritual berkenaan.
Dia juga turut mengakui pernah bernazar untuk kesembuhan ibu, kebahagiaan keluarga, penghapusan dosa dan penyucian diri melalui ritual tersebut.
Antara perbuatan yang dilakukan termasuk memakai kain vesti putih, kalungan bunga malai, tasbih kayu, menyapu vibhuti serta mencucuk trisula pada pipi dan vel pada lidah.
Beliau juga membawa paal kudam berisi susu, menjunjung kabaddi dan menyertai perarakan menuju ke kuil sewaktu Thaipusam pada Januari 2024 di sebuah kuil di Batu Caves, Selangor.
Kesal amalkan kepercayaan bercanggah dengan Islam
Selain itu, Alif mengakui pernah melakukan pelbagai rawatan menggunakan mantra yang bukan bersumberkan ajaran Islam serta mengikuti ritual agama Hindu dan Buddha di Indonesia, India dan Thailand.
Dia turut menyedari bahawa amalan sinkretisme atau percampuran kepercayaan agama lain dengan amalan Islam adalah bertentangan dengan akidah dan syariat.
Susulan kesedaran tersebut, dia mengakui perbuatan lalu boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat sehingga mencetuskan kegusaran awam dan menjejaskan keharmonian.
Seru individu terpengaruh kembali ke pangkal jalan
Dalam masa sama, Alif Daniel menyatakan kekesalan terhadap segala perbuatan lalu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Dia turut berazam untuk mendalami ajaran Islam berdasarkan ilmu yang benar, memperkukuhkan akidah serta memperbaiki akhlak dan tingkah laku sebagai seorang Muslim.

Susulan daripada itu, dia menyeru mana-mana individu yang pernah terpengaruh dengan perbuatannya supaya menghentikan kepercayaan tersebut dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Orang ramai juga dinasihatkan mendapatkan bimbingan daripada guru yang berkelayakan atau merujuk pihak berkuasa agama seperti Jabatan Mufti Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri bagi mendapatkan penjelasan mengenai sesuatu amalan keagamaan.
Mengakhiri pengisytiharan tersebut, Alif Daniel melafazkan dua kalimah syahadah “La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah” sebagai tanda taubat kepada Allah SWT dan tekad untuk memperbaiki diri serta kembali mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.
Ibu dan adik kepada Aliff juga turut sama terlibat dalam Majlis Pengiystiharan Taubat Nasuha tersebut dan berjanji akan kembali ke pangkal jalan.
Sumber: Facebook Jabatan Agama Islam Selangor






