Aliff Syukri akui mulai terbeban miliki rumah besar -“Dulu masa buat tak fikir”

9 Feb 2025 • 3:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Aliff Syukri akui mulai terbeban

Usahawan sensasi, Dato Seri Aliff Syukri akui mulai terbeban miliki rumah besar apabila perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk membiayai penjagaan kediaman tersebut.

Perkara itu dinyatakan Aliff Syukri menerusi hantaran di Instagram apabila mengaku bahawa ketika membina kediaman mewah, dia langsung tidak berfikir tentang perbelanjaan yang harus dikeluarkan untuk urusan penjagaan selepas beberapa tahun.

Instagram will load in the frontend.

Aliff Syukri akui mulai terbeban kena ‘repair’ rumah

Jelasnya, ketika itu dia hanya berasa seronok sahaja kerana dapat membina rumah idaman dan kini mulai terasa betapa sukarnya menjaga rumah yang mulai mengalami masalah dan perlu dibaiki.

Aliff Syukri juga memaklumkan yang dia telah memperuntukkan ratusan ribu untuk membaiki kerosakan rumah setiap tahun.

image is not available

Aliff Syukri akui mulai terbeban, beri nasihat buat mereka yang nak pindah rumah besar

Disebabkan pening kepala dengan situasi yang perlu dihadapi itu, usahawan berkenaan menasihati orang ramai yang bercadang untuk berpindah ke rumah besar untuk bersedia dengan kos penjagaannya yang agak tinggi.

Aliff Syukri akui mulai terbeban dan menyatakan semakin besar rumah tersebut, semakin tinggi kos perlu ditanggung lebih-lebih lagi jika terdapat kerosakan.

“Kepada anda, saya nak bagi nasihat sebelum anda ambil keputusan untuk berpindah di rumah besar, tolonglah bersedia untuk kos penjagaannya.

“Semakin besar rumah, semakin tinggi kos terutama bila rumah itu dah lama dan kerosakkan banyak,” tulisnya.

Besar periuk, besarlah keraknya

Perkongsian Aliff Syukri itu telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing mengakui apa yang dinyatakan oleh usahawan terbabit ada kebenarannya.

Ada juga yang berkongsi kisah hampir sama dan mengakui bahawa kediaman yang besar memerlukan kos penjagaan yang agak tinggi dan kadang kala menyesakkan pemilik apabila perlu mengeluarkan modal besar untuk proses membaiki.

image is not available

Ramai setuju dengan kenyataan Aliff

image is not available

Sekarang ramai buat rumah kecil2

image is not available

Rumah besar best, nak maintenance tu yang sakit

image is not available

Betullah orang kata, besar periuk, besarlah keraknya. Semoga Dato Aliff dan mereka yang mulai ‘pening’ untuk menguruskan kediaman masing-masing diberikan rezeki yang luas agar dapat menjaga tempat keluarga berteduh dengan sebaiknya.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris