Aliff Syukri dikecam buat lawak ‘double meaning’ bersama Ratu Farah Diva – “Kau ada dua susu dah tu”

EntertainmentLifestyle
27 Jan 2026 • 4:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dikecam netizen apabila melakukan lawak ‘double meaning’ bersama pempengaruh, Ratu Farah Diva ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok.

Buat lawak double meaning

image is not available

Menerusi potongan klip video yang dimuat naik di Threads, memaparkan Aliff dan Ratu sedang menjual biskut sambil berkongsi cara menikmati makanan itu bersama susu untuk membuatkannya bertambah sedap.

image is not available

“Sedap sangat biskut ni tapi kalau nak lebih sedap boleh cicah dengan susu,” kata Ratu.

Bagaimanapun, Aliff cuba berseloroh dengan menyamakan susu tersebut dengan bahagian sulit yang dimiliki oleh wanita itu.

image is not available

“Kau berapa banyak susu? Tu kau dah ada susu dua, yang kat tengah-tengah ni,” balas Aliff.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya meluahkan rasa kurang senang dengan kata-kata Aliff dan menganggap perkara tersebut umpama satu bentuk gangguan seksual.

Malah ada juga yang berasa malu dan menegur tindakan sebegitu tidak sepatutnya berlaku dan meminta agar mereka lebih berhati-hati demi menghormati orang lain.

Harap datin nasihat

image is not available

Ni gangguan seksual

image is not available

Geli lah dengar

image is not available

Artikel lain: Aliff Syukri tegas! Semua wanita dalam rumahnya wajib bertudung

Terdahulu, usahawan itu mendedahkan bahawa semua wanita dalam rumahnya diwajibkan bertudung sebagai sebahagian daripada didikan tegas terhadap anak-anaknya.

Difahamkan, tindakan itu diambil sebagai satu inisiatif susulan kebimbangan terhadap masalah sosial yang melanda remaja hari ini.

Sumber: Threads litt.leprincessssssss