
PERGINYA ketika menjalankan tugas kepada masyarakat, kebaikan juruterbang helikopter terhempas di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram baru-baru ini Kapten Zainol Afiq Bee Sham terus terus meniti di bibir orang ramai.
Bapanya, Bee Sham Ahmad, 59, yang ditemui media mendedahkan begitu tersentuh dengan pemergian Allahyarham. Kongsinya, anak keempat daripada 12 beradik itu seorang yang taat agama dan suka membantu.
"Banyak maklumat yang saya baca daripada press, menunjukkan kata-kata amat positif tentang anak saya.
"Dalam tempoh lima hari empat malam saya di sana, memang malam tu saya tak tidur.
"Siang kita ada taklimat berkenaan progress apa yang berlaku dan insentif yang akan diberikan kepada pihak balu.
"Sebelah malam saya luangkan masa untuk baca media sosial dan sampai ke pagi saya tak sedar. Betapa ramainya orang yang memujinya.
"Saya pun tak tahu orang-orang itu siapa. Daripada Semenanjung dan ada juga daripada Malaysia Timur," tuturnya sambil menahan sebak.
Mengakui Allahyarham sebagai anak yang baik, Bee Sham turut berkongsi keperibadian dan amalan anaknya ketika diaju soalan oleh media.
"Saya tahu dia memang anak yang baik dan hormat kepada orang tua. Dia seorang suka menyebarkan dakwah dalam kalangan kawan-kawan dia.
"Dengan sembahyang awal waktunya, tanpa meninggalkan solat. Bulan puasa, dia akan mendirikan solat-solat sunat Itu menambah lagi kekuatan batinnya (dalaman)
"Saya rasa ALLAH mahu tunjukkan sesuatu bahawa kepulangannya ke rahmatullah adalah satu daripada amalan yang dia lakukan.
"Mungkin banyak rahsianya yang kita tidak tahu, tetapi ALLAH mahu tunjukkan kepada kita supaya berbuat baik sesama insan dan berkebajikan tanpa mengira penat lelah," katanya.
Terdahulu, jenazah Allahyarham yang yang maut dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Miri, Sarawak, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Forest Height Senawang di sini pada jam 6.04 petang.
Pengebumian tersebut dihadiri lebih 500 ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat.
Turut kelihatan, Nor Izzati Syamimi Suhaimi, 31, dan dua anak mereka Adelia Sofia Zainol Afiq, 6, dan Ian Zayn Zainol Afiq, sembilan bulan.
Sebelum itu, jenazah disembahyangkan di Masjid Bandar Baru Senawang, Senawang, Negeri Sembilan.
Sumber: Sinar Harian, Instagram

![[VIDEO] He so excited! He knows it’s you – Isteri Kapten Zainol](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/49f6fde5-0d07-456b-b5dc-4717ba9d9382-1024x654.jpeg)



![[VIDEO] Dakwah, solat sunat amalan Allahyarham Kapten Zainol Afiq](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kapten-helikopter-terhempas-1024x768.jpeg)