![Image from: [VIDEO] Dakwah, solat sunat amalan Allahyarham Kapten Zainol Afiq](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kapten-helikopter-terhempas-1024x768.jpeg)
SEREMBAN – Amalan menunaikan solat awal waktu dan solat sunat terutama sepanjang Ramadan menjadi antara kekuatan batin Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, yang turut dikenali sebagai seorang yang gemar berdakwah dalam kalangan rakan-rakannya.
Mendedahkan perkara itu, bapa Allahyarham, Bee Sham Ahmad, 59, berkata anaknya sejak kecil mempunyai akhlak baik, selain menghormati orang tua.
“Dia anak yang baik, hormat orang tua dan suka menyebarkan dakwah dalam kalangan kawan-kawannya.
“Pada bulan puasa, dia menunaikan solat sunat dan sentiasa menjaga solat awal waktu. Bagi saya, amalan itu menjadi kekuatan batinnya,” katanya ketika ditemui.
Bee Sham berkata, sejak lima hari lalu, dia hampir tidak mempunyai waktu untuk berehat kerana perlu menghadiri taklimat pada siang dan malam termasuk berkaitan insentif.
Katanya, pada waktu malam, dia meluangkan masa membaca media sosial dan terharu melihat begitu ramai orang memuji Allahyarham.
“Saya sendiri tidak tahu siapa mereka. Saya memang tahu dia anak yang baik, tetapi apabila membaca komen dan melihat begitu ramai orang menceritakan kebaikannya, saya sedar rupanya ramai yang menghargai dan menyayanginya walau tidak mengenali,” katanya. – KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Dakwah, solat sunat amalan Allahyarham Kapten Zainol Afiq appeared first on Kosmo Online.






