‘Allah pun boleh ampunkan hambaNya, kenapa angkuh sangat?’ – Sophia balas komen jelik netizen

EntertainmentLifestyle
4 Aug 2025 • 9:25 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Sophia Albarakbah tampil tenang namun tegas apabila membalas komen negatif terhadap dirinya di Instagram susulan kemenangannya dalam satu acara hiburan baru-baru ini. Dalam satu komen yang menarik perhatian, Sophia menulis:

“Dah berapa tahun punya case, kalau asyik nak ungkit, sampai bila pun tak selesai. Sedangkan Allah pun boleh ampunkan hambaNya, awak sekerdil, sejijik manusia kenapa angkuh sangat.”

Komen itu dipercayai ditujukan kepada individu yang terus mengungkit isu lama membabitkan dirinya, walaupun perkara itu sudah berlalu dan tidak lagi relevan.

Baca juga:

Komen balas makin panas selepas kenyataan Sophia

Beberapa ketika kemudian, muncul pula satu komen sinis yang membalas kenyataan Sophia.

“Awak sejijik manusia kenapa angkuh” lahhh cakap diri sendiri ke tu? Kau sejijik manusia kenapa dulu nak dekat suami orang”

Sophia segera tampil memberikan penjelasan ringkas, “Cuba baca saya tujukan comment tu kat siapa. Belajar membaca dik.”

Komen itu mengundang lebih banyak reaksi daripada pengguna lain, dengan ada yang mempertahankan Sophia dan menegur individu yang masih membawa isu lama ke ruang awam.

Netizen berbelah bahagi, isu lama kembali dibuka

Ada pengguna media sosial yang menyifatkan Sophia patut diberi peluang kedua kerana sudah cuba memperbaiki keadaan. Malah, ada yang menegaskan semua manusia melakukan kesilapan dan tidak wajar terus dihukum secara terbuka.

Namun begitu, tidak kurang juga yang terus mempersoalkan soal maruah dan masa lalu, menyebabkan ruangan komen dipenuhi perdebatan dua arah antara mereka yang mahu move on dan yang masih menyimpan persepsi lama.