“Dah Berapa Tahun Punya Kes, Kenapa Angkuh Sangat” – Sophia Albarakbah

EntertainmentLifestyle
4 Aug 2025 • 6:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia bella Astillah Sophia

Belum reda dengan moment janggal malam tadi, pelakon Sophia Albarakbah sekali lagi mengundang perhatian apabila mengeluarkan kenyataan panas.

Menerusi ruangan komen di satu perkongsian Instagram, selebriti ini dilihat mempertahankan diri apabila tak habis-habis dihentam isu ‘penyondol’.

“Dah berapa tahun punya case” – Sophia

image is not available

Menurutnya, isu itu sudah bertahun-tahun berlalu dan sepatutnya kontroversi sudah lama berakhir.

Dah berapa tahun punya case, kalau asyik nak ungkit, sampai bila pun tak selesai. Sedangkan Allah pun boleh ampunkan hamba-Nya, awak sekerdil, sejijik manusia kenapa angkuh sangat?

Walaupun tidak menyebut nama, rata-rata netizen mengaitkan kenyataan itu dengan kecaman yang diterimanya selepas Anugerah Melodi pada malam Ahad.

Anugerah dikecam mainkan isu peribadi artis

image is not available

Netizen bersimpati dengan Bella yang kelihatan kaku ketika mengumumkan kemenangan Sophia. Bella dilihat terus berlalu tanpa bersalaman selepas trofi tersebut diserahkan.

Perkara tersebut membuatkan warganet mengecam pihak produksi yang tidak sensitif dengan kisah silam Bella.

image is not available

Sophia sebelum ini dikatakan pernah menjalinkan hubungan mesra dengan Aliff Aziz ketika Bella masih bergelar isterinya.

Pssttt! Sebaiknya Sophia mendiamkan diri terlebih dahulu. Kadang kala pendapat peribadi yang dilemparkan itu hanya mengeruhkan keadaan yang sedia ada keruh.

Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.