“Allahuakbar, Sampai Macam Ni Awak Buka Aib Saya Dan Arwah” – Peminat Sukan Terlalu Taksub Dikritik ‘Sentuh’ Hal Peribadi Wartawan Sukan Hafizal Hamad

8 Aug 2024 • 10:24 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Agak kecoh di media sosial X khasnya mengenai kritikan terhadap hos sukan Hafizal Hamad yang sebelum ini didakwa ‘menjatuhkan’ pemain badminton negara ketika mengulas mengenai acara sukan yang disertai atlet-atlet tersebut.

Namun, kritikan melampau sesetengah netizen yang kononnya peminat sukan sehingga menyentuh hal peribadi Hafizal tidak disenangi pengguna media sosial yang lain.

Terbaru, seorang individu dilihat lantang mengkritik Hafizal dilihat memainkan sentimen kebencian apabila dia memuat naik foto bapa Hafizal yang sakit.

image is not available

Netizen di media sosial rata-rata mengecam tindakan individu itu yang dianggap melampau dan keterlaluan sehinggakan Hafizal sendiri tampil memberi respon mengenai hantaran media sosial itu.

image is not available

Saya mohon @tiupangin delete posting. Awak ada ayah ibu. Rasa tak elok kot, Allahuakbar aib saya awak buka dengan arwah sekali.

Rasa aib arwah tak payah kot. Harap hormat arwah bapa saya. Sampai macam ni.

Menjengah ke ruangan komen, netizen meminta individu itu untuk menurunkan hantaran tersebut kerana ia tindakan yang sangat keterlaluan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

"Dah Macam Adik Beradik, Terima Kasih Sentiasa Bagi Semangat" - Momen Lee Zii Jia Peluk Wartawan Sukan Bangmed Undang Sebak Netizen