‘Sukan menyatukan kita’

6 Aug 2024 • 10:41 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kemeriahan peminat sukan badminton meraikan kemengan atlet negara dalam Sukan Olimpik sungguh menarik perhatian.

Walaupun menggenggam pingat gangsa, tetapi semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh atlet badminton sangat mengkagumkan.

Bukan sahaja kemeriahan dapat dirasai oleh penyokong di stadium, malahan penyokong di Malaysia turut sama meraikan kemeriahan itu.

Dimana-mana sahaja, kedai Mamak, di kolej, tempat kerja dan dimana sahaja tumpuan diberikan kepada acara badminton.

Semasa beregu lelaki Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam cabaran memburu pingat gangsa, kedai elektronik SenQ memasang siaran untuk tontonan ramai. Katanya, demi tontonan itu, pekerja mereka sanggup menutup kedai lebih lewat dari biasa.

@lumrahrakyat

Akhinya pingat Olimpik pertama Malaysia! Tahniah Aaron & Wooi Yik pasukan badminton beregu lelaki. Terima kasih @senq1utama !! #MalaysiaBoleh #Paris2024 #Olimpik

♬ Negaraku – Joe Flizzow & Altimet & SonaOne & Faizal Tahir

Kemeriahan lebih hangat semasa Lee Zii Jia berjaya menewaskan Lakshya Sen dari India.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan netizen, bunga api dipasang di kedai Mamak di sekitar Setapak. Kedengaran juga, nyanyian lagu ‘Saya anak Malaysia’ daripada penonton yang hadir.

Ternyata, sukan tanpa mengira bangsa dan keturunan menyatukan kita.

The post ‘Sukan menyatukan kita’ appeared first on The Reporter.