‘Allahyarham Pernah Terbangkan Saya Waktu Kempen PRU15’ - PM

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 8:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

‘Allahyarham Pernah Terbangkan Saya Waktu Kempen PRU15’ - PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui amat tersentuh dan terkesan apabila mengenang kembali Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham yang pernah menerbangkannya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Anwar berkata, kenangan bersama Allahyarham ketika mengendalikan penerbangannya sepanjang kempen PRU15 kembali bermain di fikiran, sekali gus mengundang rasa sedih yang mendalam.

“Apabila saya mengenang kembali kenangan ketika Allahyarham Kapten bertanggungjawab menerbangkan saya sepanjang kempen PRU15, ia membuatkan saya berasa amat sedih dan sangat terkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau turut menghubungi bapa Allahyarham bagi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga tersebut.

Jelas Anwar, kehilangan berkenaan pastinya menjadi ujian berat, khususnya buat keluarga dan anak-anak Allahyarham yang masih kecil.

“Saya berdoa agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada keluarga ini untuk meneruskan kehidupan serta menghadapi hari-hari mendatang,” katanya.

Anwar turut memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI akan memastikan segala bentuk bantuan  untuk keluarga Allahyarham dan mangsa lain yang terlibat diberikan perhatian sewajarnya.

“Doa kami sentiasa mengiringi seluruh keluarga dan keluarga mangsa-mangsa yang lain.

“Malaysia berkabung atas pengorbanan dan khidmat bakti mereka kepada negara. Al-Fatihah,” katanya.

Perbualan Perdana Menteri bersama bapa Allahyarham boleh disaksikan menerusi pautan https://www.facebook.com/reel/5384396298452720/?fs=e&s=TIeQ9V&fs=e&mibextid=wwXIfr - Getaran, 9 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved