“Ambil Air Kencing Saya Sekarang, Kalau Negatif Saya Kencing Depan Muka Dia” – Along Cham

LocalEntertainment
3 Jul 2025 • 5:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelawak dan pelakon terkenal, Along Cham mencabar isterinya iaitu Afreena Suhaimi untuk melakukan ujian air kencing terhadap dirinya bagi membuktikan dia tidak berada di bawah pengaruh bahan terlarang.

Memetik laporan Kosmo! Online, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad berkata sedemikian selepas isterinya memuat naik kenyataan berbaur tuduhan dengan menggelarnya penagih dadah dalam sebuah hantaran di Instagram Story.

image is not available

Paling tak seronok, dia tuduh saya ambil bahan terlarang masuk dalam mahkamah dan cakap saya dalam keadaan berkhayal.

 

Boleh kalau nak cakap macam tu, ambil air kencing saya sekarang depan dia. Kalau benda tu negatif, saya kencing kat muka dia.

Katanya lagi, tuduhan tersebut bukan sahaja tidak berasas malah memberi kesan yang buruk terhadap reputasinya dan keluarga.

Saya belum lagi dituduh, belum ditentukan barang itu saya punya dan belum tentu air kencing milik saya, macam mana boleh tulis saya penagih.

 

Benda ini bagi kesan kepada saya, ibu dan anak yang sedang membesar serta klien-klien saya.

image is not available

Dalam pada itu, pelawak itu turut berharap agar isterinya dapat memberi kerjasama yang penuh agar kes mereka dapat diselesaikan dengan segera.

Kita nak dia (Afreena) setuju dengan perkara yang dia langgar.

 

Kalau tak, memang akan jadi panjang.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang menetapkan tarikh 14 dan 18 Ogos bagi prosiding pengesahan lafaz cerai taklik Along dan Afreena.

image is not available 19 hours ago

"Baru Kahwin Dia Dah Minta Diceraikan" - Along Cham Dakwa Afreena Bersekedudukan Dengan Bekas Suami, 'Plan' Nak Nikah Semula