
SHAH ALAM – “You do (kamu buat), you go! (kamu pergi!),”.
Demikian amaran Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr. Mohammad Fahmi Ngah kepada sekolah agama berdaftar di negeri ini yang terkait kes amang seksual songsang guru terhadap pelajar.
Tegas beliau, pihak pengurusan sekolah diingatkan supaya tidak berkompromi dengan perbuatan seumpama itu di negeri ini.
“Jika ada ada satu aduan sekali pun terhadap pelaku, kita mahu individu itu dikeluarkan dan disiasat serta merta. Sekiranya masih tiada tindakan, lesen sekolah itu boleh ditarik sehingga pelaku berkenaan dikeluarkan,” katanya hari ini.
Difahamkan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menjalankan siasatan kes amang seksual didakwa berlaku di sebuah sekolah agama swasta yang berdaftar di bawah jabatan itu.
Mengulas lanjut, kata Mohammad Fahmi, pihaknya kesal kejadian itu berlaku di sekolah agama yang guru sewajarnya menjadi pendidik dan penjaga kepada pelajar.
“Saya yakin JAIS akan mengambil tindakan wajar selaras peruntukan undang-undang termasuk melihat semula status pendaftaran sekolah. Selain itu, saya berharap polis menyiasat rapi kes berkenaan dan individu yang
disyaki mendapat hukuman setimpal,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Amang seksual guru agama: ‘Kamu buat, kamu pergi’ appeared first on Kosmo Digital.






