Amang seksual guru agama: ‘Kamu buat, kamu pergi’ – Exco Selangor

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 2:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Amang seksual guru agama: ‘Kamu buat, kamu pergi’ – Exco Selangor

SHAH ALAM – “You do (kamu buat), you go! (kamu pergi!),”.

Demikian amaran Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr. Mohammad Fahmi Ngah kepada sekolah agama berdaftar di negeri ini yang terkait kes amang seksual songsang guru terhadap pelajar.

Tegas beliau, pihak pengurusan sekolah diingatkan supaya tidak berkompromi dengan perbuatan seumpama itu di negeri ini.

“Jika ada ada satu aduan sekali pun terhadap pelaku, kita mahu individu itu dikeluarkan dan disiasat serta merta. Sekiranya masih tiada tindakan, lesen sekolah itu boleh ditarik sehingga pelaku berkenaan dikeluarkan,” katanya hari ini.

Difahamkan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menjalankan siasatan kes amang seksual didakwa berlaku di sebuah sekolah agama swasta yang berdaftar di bawah jabatan itu.

Mengulas lanjut, kata Mohammad Fahmi, pihaknya kesal kejadian itu berlaku di sekolah agama yang guru sewajarnya menjadi pendidik dan penjaga kepada pelajar.

“Saya yakin JAIS akan mengambil tindakan wajar selaras peruntukan undang-undang termasuk melihat semula status pendaftaran sekolah. Selain itu, saya berharap polis menyiasat rapi kes berkenaan dan individu yang
disyaki mendapat hukuman setimpal,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

The post Amang seksual guru agama: ‘Kamu buat, kamu pergi’ – Exco Selangor appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved