
KUALA TERENGGANU – Seorang guru lelaki ditahan pada Khamis lalau bagi membantu siasatan dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki.
Suspek telah diberkas pada pukul 11.10 pagi susulan aduan dibuat mangsa berusia 16 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal pelajar tingkatan empat tersebut mendakwa beberapa anggota badannya telah diraba oleh suspek.
“Mangsa juga mendakwa telah beberapa kali dipeluk dan dicium pipi oleh suspek sebelum ini.
“Berikutan aduan itu, guru lelaki tersebut telah ditahan bagi membantu siasatan pada keesokan harinya,” katanya di sini hari ini.
Azli berkata, suspek telah direman selama lima hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE
The post Guru diberkas selepas disyaki ‘sentuh’ pelajar lelaki appeared first on Kosmo Digital.






