
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang diramal berlaku di Kelantan dan Terengganu hingga Rabu, 11 November 2026.
Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk
Menurut METMalaysia, kawasan yang terlibat di Johor termasuklah Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Pasir Puteh.
Manakala di Terengganu di daerah Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Sementara amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan di empat negeri melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah hingga Rabu, 11 November 2026.
"Di Kelantan termasuk Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli. Selain Terengganu hanya di Kuala Terengganu.
"Pahang melibatkan Kuantan, Pekan, Rompin dan Jerantut. Disamping itu, kawasan di Sabah merangkumi Kudat, Sandakan (Paitan, Telupid, Labuk & Sugut, Sandakan dan Kinabatangan)," maklum kenyataan itu.
Baca juga:Justeru, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.





