Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri

LocalEnvironment
8 Nov 2026 • 5:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan hujan lebat berterusan di empat negeri sehingga Rabu. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Sabah dan seluruh Terengganu hingga Rabu ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, amaran itu melibatkan Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Machang, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Jeli di Kelantan.

Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala amaran meliputi seluruh Terengganu.

Sementara itu, di Sabah, amaran hujan berterusan diramal mulai esok hingga Rabu, melibatkan Kudat serta Sandakan (Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan dan Kinabatangan).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta aplikasi mudah alih myCuaca.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved