Banjir kilat Taman Sri Muda, tiada pemindahan penduduk dilakukan

8 Nov 2026 • 8:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Banjir kilat Taman Sri Muda, tiada pemindahan penduduk dilakukan

SHAH ALAM, 8 NOV: Tiada pemindahan penduduk dilakukan setakat ini di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini susulan hujan lebat berterusan petang tadi yang mengakibatkan kejadian banjir kilat seperti tular dalam media sosial.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya turut mengesan kejadian serupa berlaku di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 hasil tinjauan dilakukan pihaknya di sekitar Shah Alam.

“Keadaan di beberapa lokasi menunjukkan air yang melimpah ke jalan raya hanya air longkang. Tiada pemindahan mangsa di lokasi yang dinaiki air. Situasi terkini menunjukkan hujan telah berhenti dan cuaca mendung,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata aktiviti pemantauan juga sedang giat dijalankan di kawasan berisiko tinggi lain seperti Jalan Kebun Bunga, Seksyen 22, Seksyen 13, dan Jalan Kebun.

Terdahulu, tular dalam media sosial orang ramai berkongsikan situasi terkini kejadian banjir kilat, susulan hujan lebat kira-kira jam 3 hingga 5 petang.

Antara yang dikongsikan ialah kawasan di sekitar Taman Sri Muda serta keadaan di sebuah pusat membeli-belah di Bukit Tinggi, Klang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved