Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan – METMalaysia

2 Nov 2025 • 3:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 6 petang, hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Selain itu, keadaan serupa dijangka berlaku di keseluruhan negeri Perlis, Melaka dan Johor serta WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Di Kedah, daerah terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Perak membabitkan Hulu Perak, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di Kelantan, daerah terlibat adalah Jeli dan Kuala Krai, manakala Terengganu membabitkan Marang, Dungun dan Kemaman.

“Di Pahang pula, daerah terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Selain itu, daerah terlibat di Selangor adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Manakala, daerah terlibat di Negeri Sembilan adalah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin,” maklum METMalaysia.

Sementara itu, Sarawak membabitkan daerah Kuching, Sarikei (Sarikei) dan Mukah (Tanjung Manis).

Sabah pula membabitkan daerah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid dan Beluran).

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: METMalaysia