Amaran Ribut Petir Di 6 Negeri, 2 WP – METMalaysia

2 Nov 2025 • 1:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Ribut Petir Di 6 Negeri, 2 WP – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 3 petang, hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak, selain keseluruhan negeri Johor serta WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Di Terengganu, daerah terlibat adalah Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang, manakala Pahang membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Di Selangor pula, daerah terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Manakala di Negeri Sembilan, daerah terlibat adalah Jelebu, Seremban dan Port Dickson. Sementara itu, Sarawak membabitkan daerah Betong dan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah).

Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” tambah METMalaysia.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: METMalaysia