"Lampu Tiba-Tiba Terpadam," Ramai Kongsi Situasi "Black Out" Petang Tadi

7 Mar 2026 • 12:17 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

"Lampu Tiba-Tiba Terpadam," Ramai Kongsi Situasi "Black Out" Petang Tadi

Petang tadi beberapa kawasan di Semenanjung mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga menjejaskan operasi perniagaan di kedai makan dan bazar.

Dalam pada itu, terdapat beberapa pengguna Threads berkongsi bahawa berlakunya gangguan elektrik selama beberapa saat di rumah mereka.

image is not available

Ia dipercayai berlaku sekitar jam 6 petang.

Ada yang berkongsi bahawa talian internet mereka terganggu buat seketika.

image is not available
image is not available

Selain itu, ada juga yang berkata bekalan elektrik tidak terputus sepenuhnya tetapi sekadar berkelip selama beberapa saat.

image is not available

Netizen juga berkata ia berlaku dalam tempoh hanya satu saat.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Bagaimanapun, Tenaga Nasional Berhad (TNB) setakat ini tidak mengeluarkan kenyataan berhubung keadaan black out itu.

TNB pada petang tadi hanya memaklumkan bahawa gangguan elektrik telah berlaku di sekitar Ipoh dan Ulu Kinta di Perak susulan kejadian ribut dan hujan lebat.

Menurutnya, kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik dijangka akan mengambil masa yang panjang.

Baca juga:

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana-mana pepasangan elektrik yang rosak.

"Pasukan teknikal sedang berusaha untuk memulihkan bekalan termasuk mengutamakan keselamatan semua pihak semasa kerja-kerja pemulihan bekalan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan kerosakan boleh menghubungi talian 15454 atau mesej di Facebook TNB Careline.

Di samping itu, gangguan bekalan elektrik juga berlaku di beberapa kawasan sekitar Seremban, Negeri Sembilan petang tadi.

"Pasukan teknikal kami sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik.

"Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali," kata TNB.