Amaran hujan lebat di KL, Selangor hingga 8 malam

12 Dec 2025 • 4:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 DIS: Seluruh daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal berlaku hujan lebat serta ribut petir hingga 8 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia mengeluarkan amaran sama di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

image is not available
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved