
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 5 petang ini.
Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, amaran berkenaan melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.
Bagi Perak, kawasan terjejas ialah Selama, Hulu Perak, Kerian, Larut Matang, Kuala Kangsar, Muallim, Kinta, Kampar dan Batang Padang.
Di Kelantan, amaran melibatkan Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai, manakala di Terengganu membabitkan Hulu Terengganu, Dungun, Setiu, Kuala Nerus, Kemaman dan Besut.
Amaran sama turut melibatkan Temerloh, Maran, Rompin, Bera, Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Raub, Kuantan dan Bentong di Pahang serta Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.
Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Seremban, Port Dickson, Jelebu dan Rembau, manakala di Johor membabitkan Batu Pahat, Mersing, Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Segamat dan Kluang.
Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Lubok Antu di Sri Aman, Limbang, Mukah, Sarikei, Sibu, Kabong dan Saratok di Betong, Tatau di Bintulu serta Miri, Marudi, Subis dan Beluru.
Manakala di Sabah, amaran berkenaan melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Beaufort, Sipitang, Membakut dan Tambunan, Tawau membabitkan Kunak, Tawau, Semporna dan Lahad Datu, Sandakan melibatkan Kinabatangan dan Paitan, selain Kudat dan Pantai Barat. – KOSMO! ONLINE
The post Amaran ribut petir di beberapa negeri hingga 5 petang appeared first on Kosmo Online.





