Kuah ‘berkuah’, jalan dinaiki air

LocalEnvironment
17 Oct 2026 • 4:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kuah ‘berkuah’, jalan dinaiki air

LANGKAWI – Hujan lebat disusuli ribut petir yang melanda Pekan Kuah, di sini menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air pada petang ini.

Kejadian berlaku selepas hujan lebat bermula kira-kira pukul 1 tengah hari tadi. Difahamkan air sudah surut ketika ini.

Seorang penduduk, Siti Nurnajiha Mohd Narzeri, 18, berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumah melalui Jalan Persiaran Putera apabila mendapati jalan berkenaan digenangi air sehingga hampir menutupi tayar kereta.

“Air naik secara tiba-tiba dan ada kereta terkandas kerana air tersebut hampir mencecah paras lutut.

“Kawasan ini biasanya tidak pernah dinaiki air, jadi mungkin ada saluran longkang yang tersumbat sehingga air bertakung di atas jalan,” katanya.

Seorang pengguna media sosial Threads, @nrannies turut berkongsi satu rakaman video beberapa kereta meredah banjir di jalan di kawasan deretan bangunan premis di situ.

“Kuah dah berkuah,” komennya.

Seorang pengguna lain pula berkongsi nombor plat kenderaan yang dipercayai tercabut akibat meredah banjir. – KOSMO! ONLINE

The post Kuah ‘berkuah’, jalan dinaiki air appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved