
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 6 negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan seluruh WP Kuala Lumpur.
Hujan lebat petang ini
“Di Terengganu melibatkan kawasan daerah Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus dan Setiu. Beralih ke Pahang termasuk daerah Pekan, Bera, Maran, Temerloh, Lipis, Raub, Cameron Highlands, Bentong dan Kuantan.
“Selain itu, di Selangor melibatkan kawasan Gombak, Hulu Langat dan Petaling. Sementara di Negeri Sembilan melibatkan satu kawasan sahaja iaitu Jelebu.
“Di Johor, beberapa daerah diramal hujan petang ini seperti Kulai, Pontian, Johor Bahru dan Kota Tinggi.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Mukah (Mukah dan Dalat), Sibu (Selangau) dan Bintulu (Tatau).
Baca juga:
Jerebu Dijangka Berterusan Tiga Hingga Lima Hari, Hujan Sedikit Tidak Membantu - MetMalaysia
‘KLCC Pun Dah Tak Nampak’ - Jerebu Tebal Jadi Tumpuan Warga Maya
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.





