Japen nafi poster tular Majlis Menghadap Sembah Takzim

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 1:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Japen nafi poster tular Majlis Menghadap Sembah Takzim

SEREMBAN – Jabatan Penerangan (Japen) negeri ini menafikan mengeluarkan poster Majlis Menghadap Sembah Takzim yang memaparkan penggunaan logo jabatan itu tanpa kebenaran.

Japen Negeri Sembilan dalam kenyataannya memaklumkan, poster yang tular itu tidak dikeluarkan atau diterbitkan oleh pihaknya.

Poster itu turut memaparkan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dijadual menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12, Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menganggap poster tersebut sebagai hebahan rasmi Japen Negeri Sembilan dan merujuk saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih. – KOSMO! ONLINE

The post Japen nafi poster tular Majlis Menghadap Sembah Takzim appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved