Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 9 Negeri, 3 Wilayah Petang Ini

LocalEnvironment
24 Nov 2026 • 2:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 9 Negeri, 3 Wilayah Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang melibatkan sembilan negeri dan tiga Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 5 petang.

Hujan Lebat Beberapa Negeri

Menurut MetMalaysia, amaran yang dikeluarkan meliputi seluruh Perlis.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Kubang Pasu, Padang Terap, Baling, Sik dan Kulim, manakala di Perak, amaran meliputi Hulu Perak, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar dan Kinta.

Di Kelantan, amaran melibatkan Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai, manakala di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Kuantan, Pekan, Jerantut dan Rompin.

Di Selangor, amaran meliputi Kuala Langat, Sepang, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Petaling dan Klang. WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya turut terlibat, begitu juga Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Sementara itu, di Sarawak, amaran melibatkan Mukah, Matu, Dalat dan Daro di bahagian Mukah, serta Selangau di bahagian Sibu. Kawasan lain yang terlibat ialah Bintulu, Subis, Miri, Marudi, Kuching, Samarahan, Asajaya, Limbang, Pantu, Serian, Song, Bukit Mabong dan Kapit.

Di Sabah, amaran meliputi Kudat, Sandakan dan Tawau, selain Membakut, Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang di bahagian Pedalaman serta Ranau dan Papar di bahagian Pantai Barat. Wilayah Persekutuan Labuan turut disenaraikan dalam amaran berkenaan.

Baca juga:

Justeru, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, media sosial rasminya atau aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved