
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri 12 tengah malam ini.
Hujan Lebat Di Beberapa Negeri
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Perlis.
"Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.
"Sementara di Sarawak pula melibatkan kawasan Mukah (Dalat, Matu dan Mukah), Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Bario dan Marudi), Limbang.
"Beralih ke Sabah, kawasan yang dijangka hujan termasuk Pedalaman (Sipitang dan Tenom), Sandakan (Sandakan dan Labuk & Sugut)," maklum kenyataan itu.
Cuaca Panas & Jerebu: Singapura Pendekkan Khutbah Jumaat Untuk Keselesaan Jemaah
KKM Batal Notifikasi Produk Krim Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.






