22 pengguna roller coaster cedera di taman tema

24 Aug 2026 • 12:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 22 pengguna roller coaster cedera di taman tema

SUBANG JAYA – Seramai 22 pengguna roller coaster termasuk tiga pelancong asing berusia antara 11 hingga 44 tahun terlibat dalam kemalangan di sebuah taman tema di daerah ini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.45 pagi semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku sekitar pukul 9 pada Sabtu malam.

“Hasil siasatan awal mendapati seramai 22 orang pengguna roller coaster terdiri daripada warga tempatan dan juga pelancong dari luar negara berusia lingkungan 11 tahun hingga 44 tahun sedang bermain permainan tersebut.

“Kemalangan berkenaan mengakibatkan seramai 10 mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke pusat perubatan di sekitar daerah Subang Jaya untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Wan Azlan berkata, kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, siasatan sedang dijalankan pihak polis berhubung kejadian berkenaan.

“Pihak polis ingin menasihatkan kepada masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menerusi talian 03-78627100.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kejadian roller coaster di sebuah taman tema di ibu negara mencetuskan kebimbangan orang ramai selepas beberapa pengunjung mendakwa berlaku masalah ketika permainan itu sedang beroperasi malam tadi.

Menerusi komen di media sosial, seorang pengguna mendakwa suami dan empat anaknya antara enam individu yang berada dalam roller coaster berkenaan ketika kejadian. – KOSMO! ONLINE

The post 22 pengguna roller coaster cedera di taman tema appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved