
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 3.15 petang, kawasan terlibat merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Menurut MetMalaysia, amaran itu melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Di Kelantan, kawasan yang dijangka terjejas ialah Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas.
Sementara itu, di Terengganu, kawasan terlibat meliputi Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Besut dan Setiu.
Malaysia Berdepan Cuaca Ekstrem, Dari Hujan Lebat Luar Biasa Ke Musim Kering
Kajian Dedah Glasier 'Kiamat' Mencair Lebih Agresif, Cetus Kebimbangan Kenaikan Paras Laut
Bagi Pahang, amaran dikeluarkan untuk Bentong, Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran.
Di Negeri Sembilan pula, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah dan Tampin.
Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Betong, Sri Aman, Kapit (Song), Samarahan, Serian (Serian dan Siburan), Kuching (Kuching), Mukah, Bintulu (Tatau), Sibu (Selangau dan Sibu), Sarikei, Miri serta Limbang.
Sementara itu, di Sabah, amaran melibatkan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Pantai Barat (Kota Belud, Putatan, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar), Pedalaman (Beaufort, Sipitang, Tambunan dan Membakut), Kudat (Kota Marudu) serta Sandakan (Kinabatangan).
Amaran ribut petir, hujan lebat

MetMalaysia berkata amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.
Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.





