Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri

LocalEnvironment
24 Oct 2026 • 11:10 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan melibatkan lapan negeri serta dua Wilayah Persekutuan setakat pukul 11 pagi ini.

MetMalaysia memaklumkan, amaran cuaca buruk itu melibatkan seluruh Pulau Pinang, Selangor dan Melaka termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Kulim, Bandar Baharu, Kuala Muda, Yan, Kota Setar dan Pendang manakala di Perak meliputi Kerian, Larut Matang, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak serta Perak Tengah.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Port Dickson, Seremban dan Rembau di Negeri Sembilan selain Tangkak, Muar, Batu Pahat serta Pontian di Johor.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Samarahan (Sebuyau), Sri Aman (Pantu dan Lingga), Betong (Pusa), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Sarikei (Sarikei dan Maradong), Miri (Subis dan Miri), Bintulu (Bintulu dan Tatau) serta Sibu (Sibu). – UTUSAN 

The post Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved