
"Amat Sakit," Tun Mahathir Kongsi Cerita Sebenar Ketika Terjatuh Januari Lalu
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkongsi mengenai situasi cemas yang dihadapinya ketika terjatuh pada 6 Januari lalu.
"Tiba-tiba kaki kanan hilang kuasa"
Menerusi rancangan Podcast Dr. M di YouTube ChedetOfficial, beliau mengimbas kembali detik-detik tersebut yang membuatkannya dimasukkan ke hospital.

"Saya sedang buat senaman berjalan, tiba-tiba kaki kanan saya hilang kuasa dan saya terjatuh.
"Bila jatuh tu ada patah tulang pinggul dan saya juga luka sikit di kepala. Tapi amat sakit, jadi saya dibawa ke hospital Institut Jantung Negara (IJN).
"Mereka cuba kurangkan sakit tapi susah nak kurangkan, rasa cukup sakit," katanya.
Baca juga:Ujar beliau lagi, rasa sakit itu berkurang secara perlahan-lahan beberapa hari selepas itu.
"Antara tulang kaki dengan pinggang ada sendi, sendi itu retak, jadi sakitlah," katanya.
Setelah tiga bulan berlalu, beliau sudah sembuh dan boleh berdiri.
Bagaimanapun, Tun memaklumkan kakinya kini tidak boleh dikawal.
"Macam tak ada kaki," ujarnya.
Imbas kembali, pemimpin berusia 100 tahun itu dimasukkan ke IJN 6 Januari lalu selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan dan disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan.






