Amazfit Helio Strap Pro Dilancarkan Dengan Bateri 11 Hari Dan Sokongan HYROX

TechnologyHealth & Fitness
22 Jun 2026 • 5:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazfit Helio Strap Pro Dilancarkan Dengan Bateri 11 Hari Dan Sokongan HYROX

Amazfit Helio Strap Pro dilancarkan sebagai versi lebih baik berbanding sebelum ini. Ia merupakan aksesori pintar yang menyerupai jam tangan tetapi direka tanpa skrin. Ia bukan sahaja mampu mengira jumlah tenaga digunakan malah turut mampu membaca kadar denyutan jantung, pergerakan dan kestabilan badan. Dengan ini, pengguna boleh memahami dengan lebih jelas bagaimana tubuh mereka bertindak balas terhadap latihan dan tekanan fizikal.

Image from: Amazfit Helio Strap Pro Dilancarkan Dengan Bateri 11 Hari Dan Sokongan HYROX

Model Pro ini hadir dengan beberapa penambahbaikan terkini. Ia dilengkapi sistem pergerakan multi‑position untuk penjejakan yang lebih tepat, serta analisis pergerakan dan beban otot yang lebih mendalam. Teknologi HybridCharge Energy Intelligence pula memastikan penggunaan tenaga lebih efisien manakala penjejakan kadar denyut jantung berterusan memberikan data masa nyata yang berguna ketika latihan.

Image from: Amazfit Helio Strap Pro Dilancarkan Dengan Bateri 11 Hari Dan Sokongan HYROX
Image from: Amazfit Helio Strap Pro Dilancarkan Dengan Bateri 11 Hari Dan Sokongan HYROX

Selain itu, ia turut menyokong acara rasmi HYROX Race dan Simulation sekaligus menjadikannya pilihan sesuai untuk atlet berprestasi tinggi. Peranti boleh pakai ini juga menawarkan hayat bateri sehingga 11 hari iaitu sedikit lebih baik berbanding model standard yang bertahan sehingga 10 hari.

Image from: Amazfit Helio Strap Pro Dilancarkan Dengan Bateri 11 Hari Dan Sokongan HYROX

Helio Strap Pro dijual pada harga USD 199.99 (~RM 830). Namun, semakan di laman rasmi mendapati ia masih belum ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Sebagai alternatif, Helio Strap versi standard sudah pun tersedia di pasaran tempatan pada harga RM449.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved