Amazon Melabur $4 Bilion Pada Anthropic – Penyedia Claude AI

TechnologyDigital
22 Nov 2024 • 10:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anthropic merupakan salah satu pesaing terdekat kepada OpenAI, dan menawarkan perkhidmatan mereka dinamakan Claude AI kepada pengguna. Hari in, Anthropic mengumumkan telah meraih suntikan dana tambahan sebanyak $4 bilion daripada Amazon. Pada masa yang sama, AWS akan digunakan oleh Anthropic dalam melatih model kecerdasan buatan mereka.

image is not available

Untuk makluman, pihak Amazon sedia melabur pada Anthropic sebelum ini, dan ini adalah pelaburan tambahan oleh Amazon ke firma kecerdasan buatan ini.

Bagi Amazon sendiri, pelaburan ini dijangka menguntungkan dalam beberapa perkara. Yang pertama adalah penggunaan perkhidmatan awanan AWS untuk melatih model AI, sekaligus membuka lebih banyak firma melakukan perkara sama menggunakan perkhidmatan dan cip yang disediakan Amazon. Disamping itu, Amazon juga dijangka menggunakan kelebihan teknologi Anthropic dalam menguasakan model Alexa akan datang.

Selain Amazon, Google juga merupakan antara yang pernah melabur pada Anthropic sebelum ini.