Google Menguji Ciri Menjana Rumusan Tambahan Dengan AI Kepada AI Overviews

TechnologyDigital
18 Nov 2024 • 10:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google AI Overviews adalah ringkasan kepada carian yang dilakukan pengguna dalam Google Search. Ia boleh digunakan oleh lebih 1 bilion pengguna di 100 negara. Walaupun ada banyak kontroversi kerana ringkasan yang dilakukan berhalusinasi dengan memberi fakta salah serta mengarut, Google telah melakukan banyak pembetulan dan akan datang akan ada ciri ringkasan tambahan kepada AI Overviews pula.

image is not available

Ciri ini dilihat adalah hasil carian tambahan kepada ringkasan yang telah dijana. Misalnya jika pengguna mencari “how to cook al dente pasta?“, Google akan menjana senarai cara masak yang ringkas yang pengguna boleh pilih teks untuk salin dan sebagainya. Ciri baharu ini boleh menjana ringkasan carian dengan AI berdasarkan teks yang dipilih.

Menurut sumber, versi awal ini dilihat pengguna hanya boleh menjana satu ringkasan carian tambahan pada satu AI Overviews. Google dilihat benar-benar ingin pengguna bergantung kepada ringkasan informasi yang dijana AI. Google juga yakin yang ciri ini mula diterima oleh orang ramai sehingga sedia untuk memaparkan iklan. Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ringkasan AI kepada hasil carian AI Overviews akan diberikan kepada semua pengguna.