Ambil Apa Sahaja Jenis Lauk, Peniaga Makanan Tawar Bufet Nasi Campur Sepinggan RM7 [Video]

LocalFood
11 Jun 2025 • 3:32 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buat mereka yang menceburi bidang perniagaan, kos operasi merupakan antara perkara yang sering diberi keutamaan.

Ini kerana setiap kos yang dibelanjakan sememangnya boleh mempengaruhi pendapatan sebenar seseorang penjual.

Oleh sebab itu, ada peniaga yang terpaksa menampung kos operasi dengan cara melalui penetapan harga jualan.

Namun, ada yang dilihat tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk menetapkan harga yang tinggi kepada pelanggan.

Peniaga Jual Bufet Nasi Berlauk RM7 Sepinggan, Pelanggan Boleh Ambil Pelbagai Jenis Lauk

Jika peniaga nasi berlauk lain menetapkan harga jualan berdasarkan menu yang diambil oleh pelanggan namun berbeza pula dengan seorang peniaga ini.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @bestfoodmy, peniaga nasi berlauk berkenaan menjual hidangannya dengan harga istimewa.

Melalui perkongsian tersebut, peniaga wanita itu mendedahkan premisnya menyediakan bufet nasi berlauk dengan harga istimewa, RM7 sepinggan.

Menariknya, pelanggan boleh mengambil apa sahaja jenis lauk tidak kira sayur, ikan, ayam mahupun makanan laut seperti lala hanya dengan harga RM7.

Malah, kedai makan berkenaan menyediakan lebih 50 jenis lauk dan hidangan yang paling istimewa adalah ikan patin masak tempoyak.

“Sepinggan RM7. Kita ada dalam 50 jenis lauk. Awak boleh makan apa sahaja yang awak rasa nak makan, yang ada dekat sini,” katanya.

Pelanggan Tidak Boleh Membazir, Akan Dicaj 2 Kali Ganda Dari Harga Sebenar

Namun, peniaga itu menasihatkan agar pelanggan tidak membazir. Ini kerana mereka akan dicaj dua kali ganda daripada harga sebenar sekiranya didapati berbuat demikian.

Selain itu, pelanggan boleh menambah semula (refill) lauk kegemaran mereka tanpa dikenakan caj tambahan.

“Yang penting, awak jangan membazir. Jika bazir, dua kali ganda kena bayar, walaupun nasi sikit, lauk sikit.

“Tak cukup (lauk) boleh tambah dalam pinggan yang sama,” katanya.

Ketika ditanya adakah dia memperoleh keuntungan dengan harga sebegitu, peniaga berkenaan mengakui ada sedikit keuntungan.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat pelanggan terbabit mengambil nasi yang dilengkapi dengan ikan bawal berlada, kangkung goreng belacan, paru sambal dan kuah patin tempoyak.

@bestfoodmy

RM7 Unlimited Nasi Campur Buffet! 📍HANIE’S CAFE, 27, Jalan BRP 1/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor ⏰11am-6pm

♬ original sound – Best Food Malaysia – Best Food Malaysia

Info Kedai Nasi Campur Bufet RM7 Hanies Café

  • Kedai Makan Hanies Cafe’
  • Alamat: No 27, Jalan BRP1/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor.
  • Waktu Operasi: 11 Pagi hingga 6 Petang

Ramai Terkejut Peniaga Jual Bufet Nasi Berlauk Dengan Harga Murah

Video yang telah mendapat lebih sejuta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja dengan harga yang dikenakan oleh peniaga berkenaan apatah lagi pelanggan boleh menambah semula makanan dalam pinggan yang sama.

Malah, ada yang pernah datang ke kedai makan peniaga tersebut megakui harga itu amat berbaloi manakala makanan yang dijualnya sememangnya menyelerakan.

Namun, ada segelintir pengguna media sosial yang mempersoal adakah dengan harga sebegitu, peniaga berkenaan boleh mendapat keuntungan dan mengekalkan perniagaannya.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Biasa Buat Macam Ni Untung Mungkin Tak Banyak Tapi Dia Buat Orang Akan Tak Putus Datang”

image is not available

“Peniaga Ini Meniaga Sambil Bersedekah”

image is not available

“Bagus Kakak Ni, Kalau Tak Habis Kena Bayar Double Untuk Elakkan Pembaziran, Saya Sangat Setuju, Biasa Makan Tempat Lain Siap Air Dalam RM12”

image is not available

“Kalau Saya Makan Sini, Saya Bagi Akak RM10 Terus, Sebab Akak Pemurah Berniaga Sambil Sedekah”

image is not available

“Alhamdulillah Memang Murah & Sedap, Macam-Macam Menu Ada, Saya Selalu Makan Dekat Sini”

image is not available

Source: