
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dalam dunia automotif, keselamatan pengguna menjadi keutamaan pengeluar kenderaan. Mana-mana komponen yang berpotensi menjejaskan prestasi dan keselamatan akan diberi perhatian serius, meskipun belum menyebabkan kemalangan.
Industri automotif global tidak terlepas daripada isu penarikan semula produk akibat masalah teknikal tersembunyi. Langkah ini lazimnya diambil secara sukarela sebagai pencegahan dan tanggungjawab sosial.
Situasi serupa berlaku di Malaysia membabitkan sebuah jenama kenderaan terkemuka yang mengambil keputusan memanggil semula ribuan unit kenderaan keluarannya melibatkan tempoh pengeluaran lebih sedekad.
Baca Artikel Berkaitan: Honda City Baharu Dilancarkan, Harga Bermula RM84,900
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Honda Malaysia Kongsi ‘Teaser’ City Hatchback. Lawa!
Dua Isu Pam Jadi Punca Utama
Honda Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak 87,490 unit kenderaan terlibat dalam penarikan semula ini.
Tindakan tersebut dibuat selepas syarikat itu mengesan dua masalah berasingan pada komponen pam bahan api (fuel pump).
Masalah pertama melibatkan pam bahan api jenis impeller yang berisiko mengembang selepas direndam dalam bahan api untuk tempoh lama.
Keadaan ini boleh menyebabkan enjin gagal dihidupkan atau mati secara mengejut ketika pemanduan. Sebanyak 84,073 unit kenderaan dari model Jazz, City, Civic, Accord, BR-V, HR-V, CR-V dan Odyssey dikesan terjejas.
Masalah kedua pula melibatkan pam bahan api bertekanan tinggi yang mungkin mengalami keretakan akibat penggunaan berpanjangan dan tekanan berlebihan.
Risiko utama ialah kebocoran bahan api atau bau kuat petrol semasa memandu atau ketika enjin tidak bergerak. Sebanyak 3,417 unit model Civic dan CR-V keluaran 2023 hingga 2024 terlibat.
Senarai Model & Tahun Pengeluaran Terlibat

Berikut ialah model dan tahun pengeluaran kenderaan Honda yang terlibat dalam penarikan semula. Antaranya:
Isu Fuel Pump Impeller (84,073 unit):
- Jazz (2015 – 2020)
- Jazz Hybrid (2018)
- City (2014 – 2019)
- City Hybrid (2018 – 2019)
- Civic (2017 – 2018)
- Accord (2013 – 2017)
- BR-V (2017 – 2018)
- HR-V (2015 – 2018)
- CR-V (2018 – 2020)
- Odyssey (2017 – 2019)
Isu High-Pressure Fuel Pump (3,417 unit):
- Civic (2023 – 2024)
- CR-V (2024)
Penggantian Percuma Termasuk Model Tamat Waranti

Honda Malaysia menegaskan bahawa semua proses penggantian pam bahan api ini akan dilakukan secara percuma, termasuk bagi kenderaan yang telah tamat tempoh waranti.
Langkah ini diambil sebagai langkah proaktif untuk memastikan keselamatan pengguna.
Pelanggan yang terlibat akan menerima surat pemakluman rasmi yang mengandungi maklumat lanjut berkaitan penarikan semula.
Selain itu, mereka juga boleh menyemak status kenderaan masing-masing menerusi aplikasi HondaTouch, hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020, atau laman web rasmi Honda Malaysia.
Honda Malaysia juga memaklumkan bahawa tiada sebarang insiden kemalangan atau kecederaan dilaporkan di Malaysia setakat ini berkaitan isu berkenaan.
Proses penggantian akan dijalankan secara berperingkat bergantung kepada ketersediaan stok alat ganti.
Baca Artikel Berkaitan: JPJ Panggil Semula 3,722 Kereta Perodua Alza, Aruz & Motosikal Honda CB350RS
Baca Artikel Berkaitan: Honda Malaysia Lancar The All-New Honda HR-V, Harga Bermula RM114,800


![“Kan Dah Terciduk” – Lelaki Buat Aksi Wheelie Tergolek Lepas Tayar Motor Tercabut Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/sports.jpeg)
![Ambil Apa Sahaja Jenis Lauk, Peniaga Makanan Tawar Bufet Nasi Campur Sepinggan RM7 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
![“Tak Dapat Dikesan Radar” – Tular Pilot Bawa Jemaah Haji Lihat Cahaya Misteri Di Langit [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/space.jpeg)