
BEAUFORT: Rungutan penduduk Kampung Tamalang Along mengenai keadaan padang bola sepak yang didakwa tidak menepati standard mendapat perhatian serius wakil rakyat Lumadan Datuk Ruslan Muharam.
Ruslan berkata pihaknya telah meninjau sendiri keadaan padang berkenaan pada 10 Jun lalu bersama agensi-agensi kerajaan terlibat selain bertemu dengan penduduk setempat.
“Saya ambil maklum aduan ini khususnya jenis rumput yang digunakan dan permukaan padang yang tidak rata serta tidak sesuai untuk permainan bola sepak.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Isu ini bukan hanya ditinjau secara fizikal malah saya telah berbincang terus dengan penduduk kampung dan pada masa sama mengambil perhatian serius aduan ini,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.
Ruslan berkata beliau telah mengarahkan agensi teknikal untuk meneliti semula spesifikasi, mutu kerja dan pelaksanaan projek itu bagi memastikan ia menepati piawaian ditetapkan.
“Kita tiada berkompromi kerana dana disalurkan di bawah peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi projek terbabit untuk kemudahan rakyat.
“Saya mementingkan kualiti. Walaupun mahu projek disiapkan dengan cepat namun itu bukan alasan untuk pihak kontraktor mengurangkan kualiti kerja mereka.
“Kita komited memastikan setiap projek pembangunan benar-benar menepati keperluan rakyat di peringkat akar umbi,” tegasnya.
Ruslan turut menegaskan komitmennya untuk memantau isu berkenaan daripada semasa ke semasa dan tidak menolak kemungkinan tindakan lanjut akan diambil jika padang itu perlu dibaiki semula.
Beliau berharap agar kemudahan sukan itu kelak dapat memberi manfaat kepada penduduk khususnya golongan muda di kawasan berkenaan untuk sebarang aktiviti sukan.




