AMD Akan Melancarkan Penawaran Tambahan Sepanjang Tahun Ini – Termasuklah AMD Ryzen 9 9950X3D2

Technology
9 Jan 2026 • 1:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

AMD telah mengacahkan banyak produk-produk baru sepanjang tahun lepas, tetapi di acara CES 2026, mereka hanya dilihat memperkenalkan dua daripadanya, iaitu siri cip pemprosesan AMD Ryzen AI 400 untuk komputer riba dan juga cip pemprosesan komputer desktop AMD Ryzen 7 9850X3D.

Ramai yang menjangkakan bahawa AMD akan juga memperlihatkan model CPU kelas pengguna paling berkuasa mereka, iaitu AMD Ryzen 9 9950X3D2, tetapi nampaknya cip pemprosesan tersebut masih belum sedia untuk diperlihatkan lagi.

— ComputerBase image is not available (@ComputerBase) January 6, 2026

Tetapi ini bukanlah bermakna bahawa AMD telah membatalkan pengeluaran cip pemprosesan tersebut. Laman berita teknologi ComputerBase dari negara Jerman telah melaporkan bahawa AMD akan memperlihatkan butiran lanjut mengenai cip pemprosesan tersebut yang dijangka akan hadir dengan memori cache 3D pada kedua-dua komponen CCD cip pemprosesan tersebut untuk jumlah memori dalam cip sebanyak 192MB, jauh lebih banyak daripada 128MB pada cip AMD Ryzen 9 9950X3D.

Dalam pada itu, AMD juga dijangka akan memperkenalkan cip pemprosesan APU AMD Ryzen AI 400 untuk komputer desktop pula juga pada pertengahan tahun ini. Ia dijangka bahawa siri cip pemprosesan ini adalah sedikit berbeza dengan penawaran untuk komputer riba, tetapi adalah dibangunkan menggunakan senibina semikonduktor yang sama.