VIDIA GeForce RTX 6000 Dijangka Menggunakan Cip Grafik Rubin Menjelang Penghujung 2027

TechnologyGaming
8 Jan 2026 • 5:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Di acara CES 2026, NVIDIA telah memperlihatkan platform cip pemprosesan AI Vera Rubin yang merupakan penaiktarafan daripada platform Blackwell yang diperkenalkan dua tahun lepas. Selain daripada beberapa teknologi perisian pengguna seperti DLSS 4.5, tidak banyak butiran lain yang diperlihatkan, khususnya apabila siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 Super ditunda ke pertengahan tahun ini.

Terkini, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa siri kad grafik seterusnya, iaitu NVIDIA GeForce RTX 6000 dijangka akan menggunakan cip pemprosesan grafik berdasarkan teknologi Rubin, yang menguasakan komponen GPU platform AI Vera Rubin. Perkara ini dikatakan oleh peniris maklumat GPU terkenal kopite7kimi yang mengatakan bahawa model cip pemprosesan GR20x

— kopite7kimi (@kopite7kimi) January 7, 2026

Apa yang diketahui mengenai Vera Rubin ialah ia mempunyai keupayaan memproses data inferens AI lima kali lebih baik berbanding dengan Blackwell. Teknologi grafik NVIDIA seperti DLSS dan sebagainya sudahpun banyak menggunakan bantuan AI untuk meningkatkan prestasi grafik dalam permainan, jadi fokus terhadap pemprosesan AI bukanlah sesuatu yang mengejut.

Walaupun begitu, kita masih akan perlu menunggu sehingga pertengahan atau penghujung tahun 2027 sebelum kita tahu gerangan kad grafik terbaru yang akan dilancarkan oleh NVIDIA kelak.