AMD telah melancarkan siri cip pemprosesan AMD Ryzen AI 300 terbaru mereka pada pertengahan tahun ini yang menampilkan prestasi pemprosesan komputer dan penggunaan tenaga untuk komputer riba yang lebih cekap berbanding dengan sebelum ini, dan kini, mengatakan bahawa cip paling berkuasa dalam siri ini
Baru-baru ini, AMD telah mengeluarkan kenyataan dalam mengatakan bahawa cip pemprosesan Ryzen AI 300 paling hebat mereka, iaitu AMD Ryzen AI 9 HX 370 telah dibandingkan dengan penawaran Intel Core Ultra 200V terbaru, iaitu Intel Core Ultra 7 285V.

Apabila dibandingkan, cip Ryzen AI 9 HX 370 ini, yang menggunakan cip grafik AMD Radeon 890M terbina memperlihatkan peningkatan prestasi gaming sehingga 75 peratus lebih hebat berbanding dengan Intel Arc Graphics 140V yang digunakan dalam cip pemprosesan Lunar Lake tersebut.
Permainan-permainan komputer yang diperlihatkan termasuklah Assassin’s Creed Mirage, Baldur’s Gate 3, Borderlands 3, Call of Duty: Black Ops 6, Cyberpunk 2077, Doom Eternal, Dying Light 2 Stay Human, F1 24, Far Cry 6, Forza Horizon 5, Ghost of Tsushima, Hitman 3, Hogwarts Legacy, Shadow of the Tomb Raider, Spider-Man Remastered dan Tiny Tina’s Wonderlands.

Cip pemprosesan Intel Core Ultra 7 285V secara lazimnya memperlihatkan prestasi 45-60FPS dalam permainan-permainan ini pada resolusi Full HD dan tetapan pertengahan (Medium). Dalam ujian dan tetapan yang sama, AMD Ryzen AI 9 HX 370 memperlihatkan prestasi yang jauh lebih hebat dengan kadar bingkai melangkaui 90 dan 100FPS dalam banyak permainan komputer yang diuji.
Untuk ini, AMD memanfaatkan fungsi profil grafik terbaru mereka, AMD HYPR-RX yang menggabungkan teknologi-teknologi grafik mereka seperti AMD Radeon Anti-Lag, AMD Fluid Motion Frames 2, AMD Radeon Super Resolution, AMD Radeon Boost dan AMD Fidelity FX Super Resolution untuk memberi peningkatan prestasi setinggi 2.3 kali ganda.
Semua ini dilakukan secara automatik melalui perisian AMD Software: Adrenaline secara automatik, tanpa pengguna perlu menukar apa-apa tetapan dalam permainan ataupun dalam perisian Adrenaline.

Walaupun prestasi gaming pada cip pemprosesan AMD dilihat jauh lebih baik berbanding dengan penawaran Intel, perbandingan diantara cip pemprosesan AMD Ryzen AI 9 dan Intel Core Ultra ini mungkin dilihat sebagai tidak begitu adil. Ini adalah kerana pertama, model cip Ryzen AI 9 yang digunakan mempunyai jumlah teras yang lebih tinggi (12 teras fizikal dan 24 bebenang kuasa) berbanding dengan cip Intel Core Ultra 7 (8 teras fizikal dan 8 bebenang kuasa).
Dalam pada itu, cip pemprosesan AMD Radeon 890M juga dilihat hadir dengan 16 Compute Unit yang dilihat lebih dioptimasikan untuk tujuan gaming, berbanding dengan cip grafik Intel Arc 140V yang hanya mempunyai lapan teras Xe 2 dengan kelajuan teras yang lebih rendah.
