AMD Ryzen 7 9800X3D Diperkenalkan Secara Rasmi – Kini Tiba Dengan Kebolehan Lewahjam

TechnologyDigital
1 Nov 2024 • 3:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nampaknya AMD telah memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, AMD Ryzen 7 9800X3D secara rasmi. Butiran mengenainya telah tertiris baru-baru ini, dan dengan video pengumuman yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut, nampaknya maklumat tersebut adalah tepat.

akan hadir dengan kelajuan asas 4.7GHz dan nilai lewahjam Boost Frequency setinggi 5.2GHz. Kedua-dua kelajuan ini boleh dilihat sebagai penambahbaikan daripada kelajuan asas dan Boost Frequency cip pemprosesan AMD Ryzen 7 7800X3D, tetapi mengekalkan nilai penggunaan kuasa TDP 120W yang sama.

image is not available

Cip pemprosesan ini juga nampaknya akan menambahkan 64MB 3D V-cache dan akan memberikan CPU tersebut 96MB cache L3 yang cukup banyak untuk menambahkan prestasi gaming khususnya untuk mereka yang akan membina PC baru untuk tujuan gaming pada resolusi dan tetapan yang tinggi.

Bukan itu sahaja, AMD juga mengesahkan bahawa cip pemprosesan ini, dan mungkin juga cip-cip pemprosesan lain dibawah siri Ryzen 9000X3D akan hadir dengan kemampuan untuk dilewahjam; sesuatu yang tidak diperlihatkan dalam cip pemprosesan siri tersebut sebelum ini.

image is not available

AMD juga mengatakan bahawa cip pemprosesan Ryzen 7 9800X3D memperlihatkan prestasi yang jauh lebih hebat berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh Intel Core Ultra 9 285K apabila semua spesifikasi komponen lain adalah sama.

image is not available

Untuk yang hanya mahu menaiktarafkan CPU mereka, AMD turut mengesahkan bahawa cip pemprosesan ini boleh digunakan dengan semua jenis papan induk dalam siri cipset AM5 yang sedia ada, dan tidak semestinya perlu ditukar. Dari segi tanda harga pula, CPU ini akan mula dijual bermula 7 November ini pada harga sekitar $479 (~RM2099).