AME Elite tambah 71 hektar tanah pegangan bebas dalam JS-SEZ di Pontian bernilai RM199.8 juta

Business & FinanceProperty
10 Sep 2026 • 5:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

AME Elite tambah 71 hektar tanah pegangan bebas dalam JS-SEZ di Pontian bernilai RM199.8 juta Image from: AME Elite tambah 71 hektar tanah pegangan bebas dalam JS-SEZ di Pontian bernilai RM199.8 juta amree10/09/2026 - 17:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 SeptAME Elite Consortium Berhad mengukuh kedudukan dalam sektor perindustrian di Johor dengan memperoleh tanah pegangan bebas berkeluasan 71.42 hektar bernilai RM199.8 juta.

 

Langkah terbaharu itu menurut makluman kepada Bursa Malaysia, bagi memenuhi permintaan pesat pelaburan langsung asing (FDI) dan domestik (DDI) dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

 

Pembelian melibatkan tanah di Mukim Jeram Batu, Pontian, yang menawarkan akses Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura, dan memberinya kelebihan pembangunan ruang perindustrian bersepadu.

 

"Pemerolehan tersebut dibuat secara tunai dan akan dibiayai menggunakan dana yang dijana secara dalaman, dengan penyempurnaan transaksi disasarkan pada separuh pertama 2027," jelas AME Elite.

 

Ujar kumpulan itu, perjanjian pembelian bagi transaksi berkenaan dimeterai oleh anak syarikat miliknya, Pulai Land West Sdn Bhd dan Pulai Land East Sdn Bhd namun nama penjual tidak dinyatakan.

 

Pengambilan tanah berkenaan namun akan memperkukuh potensi pembangunan perindustriannya di Johor bagi memanfaatkan peningkatan permintaan terhadap ruang perindustrian bersepadu dalam JS-SEZ.

 

Sebelum itu, AME Elite melaksanakan projek seperti i-Park@Indahpura, i-Park@Senai Airport City dan i-TechValley yang mencatat kadar pengambilan kukuh susulan permintaan ruang industri bersepadu.

 

AME Elite_DagangNews2026

 

"Kumpulan turut membeli tanah berasingan seluas 12.86 hektar di Senai pada Mac 2026 dengan nilai RM101.2 juta, yang dalam proses untuk diselesaikan menjelang separuh pertama 2027," jelasnya.

 

Secara keseluruhan, kedua-dua urus niaga tanah itu akan menambah lebih 80 hektar kepada baki bank tanah kumpulan seluas 119.5 hektar bagi menyokong pelan pengembangan perniagaan jangka panjang.

 

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dylan Tan Teck Eng berkata, pengambilalihan itu mengukuhkan pembangunan perindustrian serta membolehkan AME Elite memanfaatkan aliran FDI dan DDI.

 

Beliau berkata, walaupun kumpulan telah memperluaskan kehadirannya ke tiga wilayah ekonomi utama di Semenanjung Malaysia, Johor masih lagi kekal sebagai teras strategi pengembangan syarikat.

 

Menerusi model pembangunan bersepadu disokong kepakaran khusus dalam pembinaan dan kejuruteraan, kumpulan itu terus menjana tanah strategik belum dibangunkan kepada nilai lebih tinggi. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved