Ameera Khan kongsi gambar lama, netizen puji kecantikan Mama Kartini

EntertainmentLifestyle
6 Aug 2025 • 12:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Personaliti media sosial, Ameera Khan menuai perhatian netizen apabila memuat naik beberapa keping gambar lama memaparkan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed.

Kongsi gambar lama

image is not available

Menerusi hantaran di Instagram, Ameera memberitahu foto itu dikongsi bagi mengabadikannya di media sosial sebagai satu moment terindah bersama keluarga.

Instagram will load in the frontend.

“Melihat semula gambar lama bersama keluarga. Waktu ini saya masih kecil dan mereka masih kuat dan sangat muda.

“Sepanjang tahun ini, kami sentiasa ada bersama, sentiasa rapat, dan sentiasa mencintai satu sama lain. Moga Allah jaga ukhwah ini selamanya,” kata Ameera di Instagram, hari ini.

image is not available

Namun begitu, mata netizen tetumpu kepada perkara lain iaitu foto lama memperlihatkan ibunya sewaktu muda yang dikatakan begitu anggun dan jelita sejak muda lagi.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet terkesima melihat ibu Ameera sewaktu muda yang dikatakan sungguh cantik persis anak wanitanya iaitu Neelofa.

Malah ada juga wargamaya memuji Ameera yang dikatakan wajahnya juga tidak tumpah seperti ibunya malah begitu comel ketika baru berusia tiga tahun.

Macam Neelofa

image is not available

Kejap muka Nabila kejap muka Atisha

image is not available

Sangat comel

image is not available

Untuk rekod, Ameera merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik kepada pasangan Abdul Halim Khan Lall Khan dan Noor Kartini Noor Mohamed.

Sumber: Instagram Ameera Khan